Ahad, 18 November 2012

RAKAMAN VIDEO PEMBELAJARAN MURID LITERASI TAHUN DUA.






RAKAMAN VIDEO





Murid ini sedang membaca petikan pendek.











                       Seorang murid literasi sedang membuat latihan
                       bertulis dengan memadankan gambar dengan
                       perkataan yang betul.












Murid ini sedang membaca perkataan.











                              Seorang murid literasi sedang membaca 
                              petikan pendek bergambar.










Murid ini sedang menamakan kad-kad gambar.













                                Murid ini menamakan kad-kad gambar
                                jenis-jenis pekerjaan.












Murid ini sedang membaca kad-kad suku kata.



Sabtu, 17 November 2012

BENTUK UJIAN SARINGAN LITERASI TAHUN DUA.



Bentuk ujian saringan dan kekerapan ujian dalam setahun.

     Ujian saringan merupakan aspek yang perlu dilaksanakan selepas 3 bulan 

pembelajaran dilaksanakan setiap tahun. Murid literasi perlu menduduki 3 

ujian saringan ketika di tahun satu. 3 ujian saringan lagi ketika di tahun 2.


Setiap saringan mengandungi 12 konstruks yang perlu dijawab oleh murid 

dengan betul.

     Ujian saringan merangkumi ujian membaca dan menulis. Ujian saringan

 membaca dilaksanakan selama sebulan. Manakala ujian saringan menulis 

berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan. 
     
     Bagi murid yang memasuki Program LINUS, iaitu murid tidak menguasai 

mana-mana konstruk 1 hingga konstruk 9. Manakala murid yang memasuki 

Arus Perdana, iaitu murid ini menguasai konstruk 1 hingga konstruk 9. 

     Guru literasi dibekalkan Manual Pentadbiran Instrumen Literasi Membaca 

dan Menulis sebagai rujukan ketika melaksanakan ujian saringan tersebut.



KONSTRUK DALAM LITERASI

Setiap saringan mempunyai 12 konstruk yang perlu dijawab oleh murid litersi. 

Antaranya adalah seperti berikut:

Konstruk 1  Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal 
                     dan konsonan.

Konstruk 2  Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka.

Konstruk 3  Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata 
                     terbuka.

Konstruk 4  Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5  Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata 
                     tertutup.

Konstruk 6  Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang 
                     mengandungi suku kata tertutup 'ng'.

Konstruk 7  Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang 
                     mengandungi suku kata vokal tunggal.

Konstruk 8  Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang 
                     mengandungi diftong dan vokal berdanding.

Konstruk 9  Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang 
                     mengandungi digraf dan konsonan berganding.

Konstruk 10 Keupayaan membaca dan menulis perkataan 
                      berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11 Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12 Keupayaan membaca dan memahami bahan 
                      rangsangan secara lisan atau penulisan.





































     

Jumaat, 16 November 2012

Bentuk Latihan Literasi 02.





Latihan membaca perkataan.


menangis, berlari, basikal, jam, dan anting-anting.



                       
























Khamis, 15 November 2012

BENTUK LATIHAN LITERASI 01




LATIHAN BERTULIS


 Baca dan lengkapkan ayat berdasarkan petik dibawah.










                                           Ini baju Roslan. 

                                    Baju Roslan warna putih. 


                                    Ibu beli baju putih. 


                                    Ibu beri baju putih kepada Roslan.





 Latihan bertulis

 Lengkapkan ayat dengan jawapan yang betul. 

 1. Ini baju ____________. 

 2. Baju Roslan _________ putih.

 3. Ibu beli baju _________. 

 4. ________ beri ________ putih _________ Roslan.








Tambah kapsyen
















Antara Bentuk Latihan bacaan dan Latihan Bertulis Murid Literasi Tahun Dua.

ANTARA BENTUK LATIHAN BERDASARKAN 2 MUDOL MURID LITERASI.

 LATIHAN MEMBACA

 Baca frasa dan ayat berikut.






  mawar merah 

 Kakak suka mawar merah. 





  kereta baru

 Bapa ada kereta baru.














SAMBUNGAN KEMAHIRAN LITERASI TAHUN DUA.

Kemahiran literasi: 

 5.0 Membaca dan memahami ayat. 


 5.1 Membaca dan memahami ayat tunggal yang ada perkataan yang 
        mengandungi suku kata terbuka. 

 5.2 Membaca dan memahami ayat tunggal yang ada perkataan yang 
        mengandungi suku kata tertutup. 

 5.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang ada perkataan yang 
        mengandungi 'e' taling, 'e' pepet dan 'o'.

 5.4 Membaca dan memahami ayat tunggal yang ada perkataan yang 
        mengandungi suku kata tertutup 'ng'.    

  5.5 Membaca dan memahami ayat tunggal yang ada perkataan yang 
         mengandungi diftong dan vokal berganding.

 5.6 Membaca dan memahami ayat tunggal yang ada perkataan yang 
        mengandungi digraf dan konsonan bergabung. 

 5.7 Membaca dan memahami ayat tunggal yang ada perkataan yang 
        mengandungi kata imbuhan awalan dan akhiran. 

 5.8 Membaca dan memahami ayat majmuk.






 6.0 Membina dan menulis ayat. 


 6.1 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata 

       terbuka.

 6.2 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata 
       tertutup.

 6.3 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi 'e' taling, 
       'e' pepet dan 'o'.

 6.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata
       tertutup 'ng'.

 6.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi diftong dan 
       vokal berganding. 

 6.6 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi digraf dan 
       konsonan bergabung. 

 6.7 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi kata
       imbuhan awalan dan akhiran.

 6.8 Membina dan menulis ayat majmuk dengan kata hubung.









SAMBUNGAN KEMAHIRAN LITERASI TAHUN DUA.


sambungan kemahiran.....

3.0 Membaca dan memahami frasa.

 3.1  Membaca dan memahami frasa yang ada perkataan mengandungi 
        suku kata terbuka. 

 3.2 Membaca dan memahami frasa yang ada perkataan mengandungi 
       suku kata tertutup.

 3.3 Membaca dan memahami frasa yang ada perkataan mengandungi
       'e' taling, 'e' pepet dan '0'. 

 3.4 Membaca dan memahami frasa yang ada perkataan mengandungi 
        suku kata tertutup 'ng'. 
 3.5 Membaca dan memahami frasa yang ada perkataan mengandungi 
        suku diftong dan vokal berganding.  

3.6  Membaca dan memahami frasa yang ada perkataan mengandungi 
       digraf dan konsonan bergabung. 
 3.7 Membaca dan memahami frasa yang ada perkataan mengandungi 
        kata imbuhan awalan dan akhiran.




 4.0 Membina dan menulis frasa.

 4.1 Membina dan menulis frasa yang ada perkataan mengandungi 
      suku kata terbuka. 

 4.2 Membina dan menulis frasa yang ada perkataan mengandungi
      suku kata tertutup. 

 4.3 Membina dan menulis frasa yang ada perkataan mengandungi 
      suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

 4.4 Membina dan menulis frasa yang ada perkataan mengandungi 
      e' taling, 'e' pepet dan '0'.

 4.5 Membina dan menulis frasa yang ada perkataan mengandungi
      suku kata tertutup 'ng'. 

 4.6 Membina dan menulis frasa yang ada perkataan mengandungi 
      mengandungi diftong dan vokal berganding.

 4.7 Membina dan menulis frasa yang ada perkataan mengandungi 
      digraf dan konsonan bergabung.

 4.8 Membina dan menulis frasa yang ada perkataanmengandungi
      kata imbuhan awalan dan akhiran.