Setiap saringan mengandungi 12 konstruks yang perlu dijawab oleh murid
dengan betul.
Ujian saringan merangkumi ujian membaca dan menulis. Ujian saringan
membaca dilaksanakan selama sebulan. Manakala ujian saringan menulis
berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.
Bagi murid yang memasuki Program LINUS, iaitu murid tidak menguasai
mana-mana konstruk 1 hingga konstruk 9. Manakala murid yang memasuki
Arus Perdana, iaitu murid ini menguasai konstruk 1 hingga konstruk 9.
Guru literasi dibekalkan Manual Pentadbiran Instrumen Literasi Membaca
dan Menulis sebagai rujukan ketika melaksanakan ujian saringan tersebut.
KONSTRUK DALAM LITERASI
Setiap saringan mempunyai 12 konstruk yang perlu dijawab oleh murid litersi.
Antaranya adalah seperti berikut:
Konstruk 1 Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal
dan konsonan.
Konstruk 2 Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata
terbuka.
Konstruk 4 Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata
tertutup.
Konstruk 6 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi suku kata tertutup 'ng'.
Konstruk 7 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi suku kata vokal tunggal.
Konstruk 8 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi diftong dan vokal berdanding.
Konstruk 9 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi digraf dan konsonan berganding.
Konstruk 10 Keupayaan membaca dan menulis perkataan
berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 Keupayaan membaca dan memahami bahan
rangsangan secara lisan atau penulisan.