Sabtu, 17 November 2012

BENTUK UJIAN SARINGAN LITERASI TAHUN DUA.



Bentuk ujian saringan dan kekerapan ujian dalam setahun.

     Ujian saringan merupakan aspek yang perlu dilaksanakan selepas 3 bulan 

pembelajaran dilaksanakan setiap tahun. Murid literasi perlu menduduki 3 

ujian saringan ketika di tahun satu. 3 ujian saringan lagi ketika di tahun 2.


Setiap saringan mengandungi 12 konstruks yang perlu dijawab oleh murid 

dengan betul.

     Ujian saringan merangkumi ujian membaca dan menulis. Ujian saringan

 membaca dilaksanakan selama sebulan. Manakala ujian saringan menulis 

berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan. 
     
     Bagi murid yang memasuki Program LINUS, iaitu murid tidak menguasai 

mana-mana konstruk 1 hingga konstruk 9. Manakala murid yang memasuki 

Arus Perdana, iaitu murid ini menguasai konstruk 1 hingga konstruk 9. 

     Guru literasi dibekalkan Manual Pentadbiran Instrumen Literasi Membaca 

dan Menulis sebagai rujukan ketika melaksanakan ujian saringan tersebut.



KONSTRUK DALAM LITERASI

Setiap saringan mempunyai 12 konstruk yang perlu dijawab oleh murid litersi. 

Antaranya adalah seperti berikut:

Konstruk 1  Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal 
                     dan konsonan.

Konstruk 2  Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka.

Konstruk 3  Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata 
                     terbuka.

Konstruk 4  Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5  Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata 
                     tertutup.

Konstruk 6  Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang 
                     mengandungi suku kata tertutup 'ng'.

Konstruk 7  Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang 
                     mengandungi suku kata vokal tunggal.

Konstruk 8  Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang 
                     mengandungi diftong dan vokal berdanding.

Konstruk 9  Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang 
                     mengandungi digraf dan konsonan berganding.

Konstruk 10 Keupayaan membaca dan menulis perkataan 
                      berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11 Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12 Keupayaan membaca dan memahami bahan 
                      rangsangan secara lisan atau penulisan.