Khamis, 15 November 2012

Modul Murid Literasi












MODUL MURID ASAS LITERASI- ASAS 1 DAN ASAS 2.

      Modul untuk murid merangkumi 2 jilid buku, iaitu Jilid 1 meliputi Unit 1 

sehingga Unit 4. Manakala Jilid 2 pula merangkumi Unit 5 sehingga Unit 9. 

Setelah setiap unit selesai diajar, guru akan membuat penilaian dan 

merekodkannya di dalam borang yang disediakan.


     Terdapat pelbagai bentuk latihan di dalam buku ini seperti berikut: 


 1. Membaca perkataan, ayat dan petikan pendek. 

 2. Melengkapkan perkataan dengan huruf-huruf yang betul.

 3. Melengkapkan ayat dan petikan dengan perkataan yang betul.

 4. Memadankan gambar dengan perkataan dan ayat yang betul. 

 5. Menulis kata majmuk dan melengkapkan ayat dengan kata majmuk.






 MODUL SIAGA LINUS

      Modul Siaga Linus ini merupakan modul baru untuk murid literasi. 

Modul ini dilaksanakan untuk memantapkan penguasaan kemahiran asas 

murid dengan lebih baik lagi.

     Modul Siaga terdiri daripad enam buah buku. Setelah murid literasi ini 

menguasai kemahiran di dalam Modul Siaga Buku 1 maka dia akan beralih 

kepada buku berikutnya. Bimbingan guru amat diperlukan agar murid ini 

dapat menguasai kemahiran asas ini dengan baik dan berkesan.






Tiada ulasan: